Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

2 posters

    Satu Malaysia kesinambungan cogan kata 2 PM

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30178
    Location : Venice of Perak

    Satu Malaysia kesinambungan cogan kata 2 PM Empty Satu Malaysia kesinambungan cogan kata 2 PM

    Post by carnationmyra Mon 20 Apr 2009, 1:39 am

    KUANTAN 18 April - Gagasan Satu Malaysia adalah kesinambungan cogan kata dilaungkan dua Perdana Menteri sebelum ini iaitu Cemerlang, Gemilang dan Terbilang serta Wawasan 2020.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cogan kata Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan merupakan satu proses yang sampai ke destinasinya.

    "Setelah melihat apa yang dilaungkan oleh Perdana Menteri sebelum ini, saya rasa lebih baik memberi tumpuan kepada ramuan, formula dan pelengkap untuk proses itu sampai kepada matlamat kita.

    "Bagaimana untuk sampai kepada destinasi... tidak lain dan tidak bukan ialah Satu Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan," katanya.

    Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Sambutan Kepulangan Pertama beliau sebagai Perdana Menteri ke negeri kelahirannya di Padang MPK 1 di sini hari ini.

    Lebih 40,000 rakyat negeri ini hadir sebagai tanda sokongan atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri iaitu anak jati kedua Pahang diangkat sebagai orang nombor satu negara.

    Menurut Najib, sekiranya rakyat berpegang kepada konsep itu, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang seterusnya mencapai Wawasan 2020 yang dilaungkan sebelum ini.

    "Melalui konsep ini, kerajaan akan membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan agama. Dengan melakukan demikian, kita pasti memiliki kekuatan dan kehebatan luar biasa apabila semua bangsa dapat bersama-sama," ujarnya.

    Dalam pada itu, tegasnya, pada masa ini masyarakat perlu mengubah cara pemikiran dengan misi dan visi inginkan perubahan.

    "Perubahan dan transformasi dalam menuju abad ke-21 untuk membina negara supaya tidak ketinggalan dan setanding dengan negara maju.

    "Nyalakan obor perubahan dan lebih berani agar tidak terkongkong dengan pemikiran lama," jelasnya.
    brudu
    brudu
    budakchomot


    Posts : 18
    Points : 27452
    Signature : ada pen??

    Satu Malaysia kesinambungan cogan kata 2 PM Empty Re: Satu Malaysia kesinambungan cogan kata 2 PM

    Post by brudu Mon 20 Apr 2009, 11:08 pm

    gelakbesar

      Current date/time is Fri 19 Apr 2024, 11:48 am