Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

    Pusat biak panda dibina semula

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30178
    Location : Venice of Perak

    Pusat biak panda dibina semula Empty Pusat biak panda dibina semula

    Post by carnationmyra Mon 20 Apr 2009, 9:32 pm

    SHANGHAI 19 April - China akan mula membina pusat pembiakan panda
    baru yang besar awal bulan depan selepas gempa bumi tahun lalu,
    berukuran 8.0 magnitud memusnahkan banyak habitat haiwan berkenaan.

    Pusat baru yang terletak di rizab semula jadi Wolong itu akan
    menggantikan tapak yang musnah di barat daya wilayah Sichuan iaitu
    tempat kebanyakan panda ditempatkan sebelum bencana gempa bumi.

    Ketua rizab Parti Komunis, Huang Jianhua berkata, lokasi baru yang
    terletak 10 kilometer dari kawasan lama dipilih ekoran persekitarannya,
    air, iklim dan keadaan geologinya yang terbaik.

    "Panda akan selesa tinggal di sini kerana tidak jauh daripada kawasan penempatan lama, keselamatan adalah diutamakan.
    "Pusat pembiakan berkenaan melibatkan perbelanjaan AS$230 juta
    (RM832.3 juta) dan semua pembiayaan adalah dari Hong Kong," kata Huang
    yang dipetik olah Xinhua.

    Seramai lima orang pekerja Wolong dan seekor panda terbunuh dalam
    kejadian gempa pada 12 May tahun lalu. Sementara dua ekor lagi panda
    cedera dan seekor hilang.

    Kebanyakan panda telah dipindahkan selepas gempa berlaku ke pusat pembiakan berhampiran di Bandar Ya'an dan zoo seluruh negara.
    Wolong telah dibina pada 1980 sebagai pusat pembiakan terbesar untuk
    spesies terancam itu dan menempatkan 142 panda iaitu 60 peratus
    daripada jumlah di seluruh dunia.

    Menurut laporan Xinhua, terdapat kira-kira 1,590 ekor panda
    hidup dalam hutan sekitar negara China, kebanyakannya di Sichuan dan
    utara Shaanxi serta wilayah barat laut Gansu. Sejumlah 180 sedang
    diternak dalam kurungan. - AFP

      Current date/time is Fri 19 Apr 2024, 3:08 pm