KUALA LUMPUR 21 April — Lumut, lokasi maritim strategik yang antara
lain menempatkan pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), akan
diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Laut, Jumaat ini.
Sultan Perak Sultan Azlan Shah berkenan menyempurnakan
pengisytiharan itu sempena sambutan Jubli Intan TLDM dan bersesuaian
dengan sambutan Hari Ulang Tahun Pemerintahan baginda ke-25.
“Pengisytiharan ini merupakan satu pengiktirafan kepada TLDM
setelah kewujudannya dilihat sebagai membantu usaha kerajaan negeri
dalam meningkatkan taraf ekonomi dan sosial penduduk tempatan,” menurut
TLDM dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sempena pengisytiharan itu, pelbagai acara disusun selama dua hari
bermula Khamis ini antaranya pameran kerjaya dan ekspo maritim yang
melibatkan agensi-agensi awam dan swasta serta institusi pengajian
tinggi yang berkaitan dengan maritim.
TLDM juga akan mengadakan demonstrasi ketenteraan, pertunjukan
kawat senyap dan perarakan seramai 1,304 warga TLDM mewakili 14
kontinjen dari pelbagai unit dan kepakaran.
Menurut kenyataan itu, TLDM akan mengadakan Hari Terbuka Armada 2009
(HTA09) pada 25 dan 26 April ini, yang akan dirasmikan Kapten Yang
Dipertua TLDM, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Pelbagai pertunjukan berunsur maritim yang dikendalikan ’the Navy
People’ seperti demontrasi rampasan kapal, pertunjukan payung terjun,
pertunjukan bot laju dan sukan air.
HTA09 turut melibatkan agensi kerajaan seperti Lembaga Pemasaran
Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memperagakan produk mereka.
“Ini secara automatik memberi peluang kepada perusahaan kecil dan
sederhana memperkenal dan mempromosikan produk mereka kepada pasaran
tempatan,” menurut kenyataan itu.
Acara kemuncak sambutan Jubli Intan TLDM ialah istiadat
penganugerahan panji-panji Kapal Diraja (KD) Rajawali, KD Sri Sandakan
dan KD Panglima Hitam serta istiadat mengarak panji-panji KD Malaya, KD
pelandok, KD Rajawali, KD Sri Sandakan dan KD Panglima Hitam di stadium
pangkalan TLDM Lumut.
Upacara itu akan disempurnakan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 27 April.
— BERNAMA