Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

4 posters

    34 paku dalam tengkorak mangsa bunuh

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30073
    Location : Venice of Perak

    34 paku dalam tengkorak mangsa bunuh Empty 34 paku dalam tengkorak mangsa bunuh

    Post by carnationmyra Sat 25 Apr 2009, 8:34 am

    34 paku dalam tengkorak mangsa bunuh Du_061


    SYDNEY - Polis Australia meminta orang ramai membantu pihak berkuasa menyelesaikan kes pembunuhan kejam seorang lelaki Cina, Chen Liu yang ditembak 34 kali di kepala dengan menggunakan pistol paku sebelum mayatnya dicampak ke sebatang sungai, lapor sebuah akhbar semalam.

    Mayat mangsa yang sudah busuk itu ditemui di sini pada 1 November tahun lalu, dua minggu selepas seorang rakannya melaporkan tentang kehilangan Liu tetapi polis menyatakan mereka belum mengenal pasti suspek dalam kes berkenaan.

    Polis negeri New South Wales semalam meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut supaya tampil membantu pihak berkuasa.

    Polis turut mengeluarkan imej sinar-X yang menunjukkan tengkorak Liu mempunyai 34 paku.

    "Sepanjang 36 tahun, saya tidak pernah menyaksikan pembunuhan kejam seperti ini," kata Suprintendan Skuad Homisid, Geoff Beresford.

    Menurut polis, mangsa tiba di bandar raya Melbourne dengan menggunakan visa pelajar dari China pada awal 2000 sebelum berpindah ke sini. - AP
    Gila Komik
    Gila Komik
    chomeyl suda!


    Posts : 421
    Points : 28996
    Signature : Future Made Of Virtual Insanity

    34 paku dalam tengkorak mangsa bunuh Empty Re: 34 paku dalam tengkorak mangsa bunuh

    Post by Gila Komik Sat 25 Apr 2009, 2:29 pm

    pergh bapak kejam bai...baru tgk x-ray da seram apetah lagi tgk yg real nye
    Qeena
    Qeena
    MODfire


    Posts : 79
    Points : 27651
    Location : Kuala Lumpur
    Signature : ~~ Tetapkan hati aku..hanya untuk dia...~~

    34 paku dalam tengkorak mangsa bunuh Empty Re: 34 paku dalam tengkorak mangsa bunuh

    Post by Qeena Sat 25 Apr 2009, 2:46 pm

    huh...
    gila kentang 34 paku...
    kalah pontianak nie...
    eyes143
    eyes143
    superpower MV


    Posts : 1175
    Points : 31858
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    34 paku dalam tengkorak mangsa bunuh Empty Re: 34 paku dalam tengkorak mangsa bunuh

    Post by eyes143 Sat 25 Apr 2009, 9:52 pm

    aiyark....
    satu paku pun seram..
    ni kan 34 paku fenin

    Sponsored content


    34 paku dalam tengkorak mangsa bunuh Empty Re: 34 paku dalam tengkorak mangsa bunuh

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri 29 Mar 2024, 10:33 am