Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

2 posters

    2 beradik lelaki kahwin 2 beradik wanita

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30178
    Location : Venice of Perak

    2 beradik lelaki kahwin 2 beradik wanita Empty 2 beradik lelaki kahwin 2 beradik wanita

    Post by carnationmyra Tue 05 May 2009, 9:08 am

    2 beradik lelaki kahwin 2 beradik wanita Du_081-1


    WINFRITH - Sepasang adik-beradik lelaki berkahwin dengan dua beradik
    wanita dalam majlis perkahwinan yang diadakan secara serentak di sini,
    lapor sebuah akhbar semalam.



    Dalam majlis itu, Sonny Mabey, 30, berkahwin dengan seorang guru, Kerry Hamilton, 27.


    Adik Sonny, Wayne, 27, memilih adik Kerry, Laura yang berumur 24 tahun sebagai pasangan hidupnya.


    Majlis perkahwinan itu diadakan di sebuah gereja di Winfrith, Britain pada Sabtu lalu.


    "Laura dan Wayne membuat keputusan kira-kira setahun lalu untuk
    mendirikan rumah tangga manakala Sony dan saya sudah mengikat tali
    pertunangan selama sembilan tahun. Pada satu malam ketika kami berbual,
    kami mendapat idea mengadakan majlis perkahwinan secara serentak dan ia
    kemudian menjadi realiti," kata Kerry.



    Bapa Kerry, Hamilton berkata: "Saya berdiri dengan diapit oleh
    kedua-dua anak saya (di gereja). Saya berasa bertuah kerana tidak ramai
    bapa yang berpeluang melakukannya."



    Kedua-dua pasangan pengantin baru itu kini berbulan madu di Edinburgh. - Agensi
    eyes143
    eyes143
    superpower MV


    Posts : 1175
    Points : 31963
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    2 beradik lelaki kahwin 2 beradik wanita Empty Re: 2 beradik lelaki kahwin 2 beradik wanita

    Post by eyes143 Wed 06 May 2009, 3:55 am

    tak keliru ke nnt confuse

      Current date/time is Fri 19 Apr 2024, 2:01 pm