Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

3 posters

    Perkataan **** ditulis pada badan

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30178
    Location : Venice of Perak

    Perkataan **** ditulis pada badan Empty Perkataan **** ditulis pada badan

    Post by carnationmyra Tue 05 May 2009, 9:16 am

    MUAR: Seorang bekas tahanan Sekolah Pemulihan Akhlak Henry Gurney di
    Melaka, mendakwa dijemur di tengah panas sebelum dadanya ditulis dengan
    perkataan `babi' dan di bawahnya dilukis kepala **** menggunakan pen
    penanda.


    Bekas tahanan berusia 20 tahun yang hanya mahu dikenali
    sebagai Epol berkata, perbuatan itu dilakukan jurulatih sekolah
    berkenaan menyebabkannya bukan saja terpaksa menanggung malu berikutan
    tanda itu kekal sepanjang empat bulan ditahan di sekolah itu, malah
    menghinanya sebagai seorang Islam.


    Katanya, beliau ditempatkan di sekolah itu selama empat bulan
    bermula Januari lalu oleh mahkamah kerana kesalahan memiliki barang
    curi dan hanya dibebaskan Khamis lalu.


    Beliau yang berasal dari bandar ini kemudian membuat laporan
    mengenai kejadian itu ke Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah, Sabtu lalu.


    Bekas tahanan itu ketika ditemui berkata, beliau dihantar
    polis Muar ke sekolah itu kira-kira jam 10.30 pagi, 9 Januari lalu dan
    sejurus tiba, beliau ditempatkan di bilik berasingan dengan dipantau
    seorang jurulatih.


    "Selepas makan tengah hari di sekolah itu, saya diarahkan
    supaya membuka baju dan seterusnya dipukul dengan alasan sebagai `salam
    perkenalan' sebelum dijemur di tengah panas.








    "Selesai dijemur, jurulatih itu menggunakan pen penanda untuk menulis
    perkataan 'babi' di bahagian tengah dada saya dan melukis gambar kepala
    **** di bawahnya sebelum melumurkannya dengan serbuk kopi," katanya.


    Epol berkata, beliau hairan kerana diperlakukan sebegitu rupa
    sedangkan rakannya yang turut memasuki sekolah itu pada masa sama tidak
    dikenakan sebarang tindakan.


    Katanya, tindakan jurulatih itu menyebabkan perkataan ****
    itu kekal terlekat di badannya sehingga beliau dibebaskan daripada
    sekolah.


    Bekas tahanan itu berkata, dua minggu sebelum dibebaskan dari
    sekolah itu, jurulatih itu berjumpanya dan bertanya sama ada kesan
    tulisan itu sudah hilang atau tidak, serta memintanya supaya memadamkan
    perkataan itu.






    Katanya, walaupun anggota keluarga sentiasa melawatnya setiap dua
    minggu sekali, beliau tidak menceritakan perbuatan jurulatih itu kerana
    bimbang akan dihukum, selain semua pertemuan biasanya ditemani atau
    diperhatikan jurulatih sekolah berkenaan.


    Epol berkata, hanya selepas dibebaskan Khamis lalu, barulah
    beliau menceritakan kejadian itu kepada keluarganya sebelum membuat
    laporan polis mengenainya.


    Sementara itu, ibu Epol yang hanya dikenali sebagai Izah
    berkata, beliau seke-luarga terkejut dengan kejadian itu dan tidak
    berpuas hati kerana **** adalah binatang haram kepada umat Islam dan ia
    dianggap sebagai penghinaan yang tidak seharusnya berlaku.


    tambahan pula di sekolah pemulihan akhlak.


    "Sepatutnya sepanjang ditahan di sekolah pemulihan akhlak itu,
    anak saya diberi pendidikan, bukan dilayan dengan begitu hina dan
    teruk," katanya.


    Beliau berharap pihak berkuasa mengambil tindakan tegas
    terhadap kejadian itu dan tidak menolak kemungkinan akan mengambil
    tindakan undang-undang terhadap jurulatih dan sekolah terbabit.
    eyes143
    eyes143
    superpower MV


    Posts : 1175
    Points : 31963
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    Perkataan **** ditulis pada badan Empty Re: Perkataan **** ditulis pada badan

    Post by eyes143 Wed 06 May 2009, 3:53 am

    kurang didikan ni nanges
    polong
    polong
    chomot-chomeyl


    Posts : 124
    Points : 27795
    Signature : be good

    Perkataan **** ditulis pada badan Empty Re: Perkataan **** ditulis pada badan

    Post by polong Wed 06 May 2009, 11:21 am

    dh mcm tatu ar kalu gna marker pen 2.. specky

    Sponsored content


    Perkataan **** ditulis pada badan Empty Re: Perkataan **** ditulis pada badan

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Fri 19 Apr 2024, 11:46 pm