Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

    Remaja diingat jauhi 'sexting'

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30178
    Location : Venice of Perak

    Remaja diingat jauhi 'sexting' Empty Remaja diingat jauhi 'sexting'

    Post by carnationmyra Fri 08 May 2009, 11:31 am

    CANBERRA 7 Mei - Golongan remaja diperingatkan mengenai bahaya
    menghantar gambar bogel mereka sendiri menerusi telefon bimbit - yang
    diistilahkan 'sexting', dan boleh merosakkan masa depan mereka.



    Kerajaan negeri New South Wales minggu ini melancarkan kempen
    pendidikan bagi memerangi amalan 'sexting' yang semakin meningkat
    dengan menyatakan imej-imej seumpamanya atau pesanan teks berbaur lucah
    boleh disiarkan di Internet atau diedarkan kepada orang lain, yang
    akhirnya menjadi satu kes gangguan atau serangan seksual.



    'Sexting', gabungan perkataan sex (seks) dengan text
    (teks), menjadi kebimbangan ibu bapa dan pihak sekolah di seluruh dunia
    berikutan berkembangnya teknologi telefon berkamera dan tapak rangkaian
    sosial di Internet tetapi imej-imej itu juga boleh diklasifikasikan
    sebagai pornografi kanak-kanak mengikut undang-undang.



    "Orang muda lazimnya tidak memikirkan kesan daripada tindakan
    mereka. Apa yang mereka fikir sekadar gurauan atau menggoda di alam
    maya, boleh menjadi sesuatu yang amat merosakkan jika ia jatuh ke
    tangan orang jahat," kata Menteri Perkhidmatan Masyarakat NSW, Linda
    Burney dalam kenyataan.



    "Amat menakutkan bila memikirkan apabila imej-imej seumpamanya
    disiarkan dalam talian atau telefon, sesiapa sahaja di mana juga di
    dunia boleh mempunyai akses kepadanya. Ia kemudiannya amat mustahil
    untuk mengambil balik atau memadamkannya.



    ''Gambar-gambar itu akan kekal di situ dan merosakkan prospek
    kerjaya masa depan atau perhubungan," ujarnya sambil menambah kerajaan
    telah menerima aduan gadis semuda 13 tahun menghantar imej bogel
    dirinya kepada teman lelaki, yang kemudiannya diedarkan kepada
    rakan-rakan lain atau lebih jauh bila hubungan berakhir.



    Di Amerika Syarikat, satu kaji selidik tahun lalu mendapati satu
    daripada setiap lima remaja mengaku ada menghantar atau menyiarkan
    gambar boleh atau separuh bogel mereka sendiri ke dalam Internet, dan
    39 peratus mengaku mengutus atau menyiarkan mesej berbaur seks, menurut
    Kempen Kebangsaan untuk Menghalang Remaja dan Kehamilan Tidak Terancang.



    Pelakon remaja dari filem popular High School Musical,
    Vanessa Hudgens terpaksa berdepan dengan cemuhan apabila gambar separuh
    bogel yang dihantar kepada teman lelakinya, Zac Ephron (pelakon utama
    filem yang sama) tersiar di Internet.
    - REUTERS

      Current date/time is Fri 19 Apr 2024, 11:35 am