Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

    Nenek tiri Obama tolak anuti Kristian

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30218
    Location : Venice of Perak

    Nenek tiri Obama tolak anuti Kristian Empty Nenek tiri Obama tolak anuti Kristian

    Post by carnationmyra Wed 22 Apr 2009, 9:29 pm

    NAIROBI: Sebuah gereja Kenya cuba membawa nenek tiri Presiden Amerika
    Syarikat, Barack Obama, menganuti agama Kristian, cubaan mencetuskan
    kemarahan masyarakat Islam negara itu yang mendesak kerajaan menghalang
    usaha berkenaan.


    Gereja Seventh Day Adventist di bandar Kisumu di barat Kenya
    bercadang menjadikan Mama Sarah, 87, seorang Kristian dalam satu majlis
    besar-besaran, Sabtu lalu.


    Bagaimanapun, cubaan itu terhalang apabila Sarah, seorang Muslim, terkejut dan menolak jemputan ke majlis berkenaan.


    “Apabila saya dengar ada rancangan menjadikan saya penganut Kristian, saya menolak,” katanya kepada akhbar The Standard.


    Sementara itu, Setiausaha Majlis Imam dan Pendakwah Kenya,
    Sheikh Mohamed Khalifa, kesal dengan cubaan gereja itu memaksa Sarah
    menukar agama.

    Sarah menjadi selebriti selepas cucunya itu melawat Kenya
    pada 2006. Rumahnya menjadi tarikan pelancong sejak Obama dipilih
    sebagai Presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat November lalu.









    Obama, adalah anak kepada lelaki kulit hitam Islam Kenya dan wanita kulit putih Amerika. - Agensi

      Current date/time is Sat 27 Apr 2024, 10:10 am