Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

    Anak tunggu di syurga

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30293
    Location : Venice of Perak

    Anak tunggu di syurga Empty Anak tunggu di syurga

    Post by carnationmyra Mon 20 Apr 2009, 1:27 am

    BERITA kandungan pelakon tinggi lampai, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 26, mati dalam perut pada usia tujuh bulan menggemparkan dunia hiburan. Tidak sedikit yang bersimpati dan menitipkan doa buat isteri kepada Mohd. Hafizy Hafiz, 37, ini.

    Menamakan bayi perempuan dengan nama Emma Malissa sebelum dikebumikan pada tanggal 10 April lalu selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Bukit Kiara, Kuala Lumpur Dynaz pasrah dan positif tentang hikmah yang Tuhan kurniakan buatnya kelak.

    Sebagai seorang Islam, kata Dynaz yang kini berpantang selama 44 hari, dia juga menerima qada dan qadar Tuhan dengan hati terbuka. "Terima kasih atas doa dan sokongan semua pihak," ujar pemenang Pelakon Drama Popular pada satu anugerah baru-baru ini.

    Salam takziah Dynaz, maaf mengganggu dengan soalan yang mungkin tidak mahu anda bangkitkan lagi. Tapi mungkin anda boleh berkongsi sedikit tentang kandungan anda yang meninggal dunia dalam perut?

    Terima kasih. Tak apa. Saya berasa sakit pada hari Isnin 6 April sebaik saja bangun daripada tidur. Kemudian saya, suami, ibu bapa dan bapa serta ibu mertua ke hospital. Di sana, saya terus ditahan dan doktor mengesahkan bayi perempuan saya sudah meninggal dunia.

    Tapi kerana bayi tidak cukup bulan, saya harus menunggu untuk melahirkannya. Selepas empat hari, pukul 9.00 pagi Jumaat 10 April, saya selamat melahirkan Emma Malissa secara normal. Emma kemudian dikebumikan selepas solat Jumaat.

    Selama empat hari mengandung bayi yang sudah meninggal dunia, bagaimana rasanya?

    Bayi sudah tidak bergerak dan saya tak rasa sebarang tendangan macam biasa. Tapi saya banyak tidur selama empat hari kerana doktor memberi saya ubat supaya bertenang dan tidak tertekan.

    Pada tujuh bulan kandungan, adakah bayi itu memang sihat atau doktor sudah memberitahu tentang kebarangkalian meninggal dunia?

    Doktor mengesahkan jantung janin saya berhenti berdegup tanpa sebarang komplikasi. Saya melakukan rutin rawatan setiap bulan dan sangat berhati-hati mengikut nasihat doktor.

    Maklumlah ini bayi sulung dan saya tidak pernah mengandung atau gugur sebelum ini. Jadi saya mengikut semua aturan. Mungkin bukan rezeki saya dan Tuhan lebih sayangkan dia. Saya reda.

    Emma Malissa sudah cukup sifat kala itu? Apakah signifikan nama Emma Malissa?

    Sudah cukup sifat. Malah saya juga berasa sakit macam orang bersalin biasa. Nama Emma Malissa diberi suami saya semasa bayi ingin dikebumikan. Saya berasa ia nama yang indah.

    Anda melihat Emma sebaik saja dia dilahirkan? Berapa berat bayi dan bagaimana rupanya?

    Jujur, saya tidak mampu melihat dia dan tidak mengetahui segala hal tentang dia. Suami yang melihat dan menguruskan dia sehingga dikebumikan. Sehingga kini, saya juga tidak melihat sijil surat beranak dia. Saya tidak mahu.

    Adakah doktor memberi jangka waktu untuk membenarkan anda mengandung kembali?

    Tidak, selepas habis pantang saya sudah boleh kembali mencuba mendapatkan zuriat semula. Cuma doktor bekalkan saya dengan pelbagai vitamin, menasihatkan saya mengambil lebih banyak makanan organik. Doktor juga mengesahkan saya dan suami sihat.

    Anda sendiri serik atau fobia untuk kembali mengandung?

    Tidak langsung, malah saya teringin untuk lekas mengandung semula. Kalau Tuhan bagi saya rezeki 10 anak, saya akan terima. Saya tahu Emma kini menunggu saya di syurga.

    Bagaimanakah anda mengumpul kekuatan?

    Saya tak tahu. Mungkin sebab saya selalu berfikiran positif. Saya belajar banyak benda daripada naik turun kehidupan saya. Namun suami saya tahu dan dia pun baru belajar. Biarpun saya nampak positif, tapi jika tersentuh terlalu dalam, saya akan terkesan.

    Bagaimanakah cerita anda keguguran tersebar?

    Sebenarnya pada mulanya tak ada orang tahu tentang hal ini kecuali saya, suami, ibu bapa dan ibu bapa mertua saya. Malah adik-beradik lain pun tak tahu.

    Tapi banyak sangat orang yang suka ambil tahu hal orang. Saya tidak marah, hanya rasa kurang selesa apabila berita buruk ini menjadi bahan perdebatan dalam forum Internet dan mereka mula berspekulasi yang bukan-bukan.

    Sudahlah saya ditimpa dugaan, cakap-cakap begini memberi tekanan buat saya. Tapi sejak dulu, saya belajar bahawa dalam industri ini, apa sahaja mengenai kita, akan dikorek orang. Jadi saya ambil positif.

    Hanya saya mohon jasa baik semua pihak agar tidak memperdebatkan hal ini lagi. Bayangkan kalau anda berada di tempat saya. Bagaimana rasanya?

      Current date/time is Mon 13 May 2024, 5:07 am