Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

    Toyota Camry bekas exco pembangkang di Perak akan dilelong

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30318
    Location : Venice of Perak

    Toyota Camry bekas exco pembangkang di Perak akan dilelong Empty Toyota Camry bekas exco pembangkang di Perak akan dilelong

    Post by carnationmyra Wed 22 Apr 2009, 12:23 am

    IPOH 21 April - Kerajaan Perak akan melelong 16 buah kereta Toyota
    Camry 2.4 yang sebelum ini digunakan sebagai kenderaan rasmi exco
    pakatan pembangkang ketika menerajui pentadbiran kerajaan negeri.



    Menurut kenyataan tender terbuka yang dihantar ke bahagian iklan
    sebuah akhbar berbahasa Melayu di sini hari ini, lelongan kereta itu
    akan berlangsung di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di
    sini mulai 9.30 pagi hingga 4 petang pada 4 hingga 18 Mei ini.



    Kenyataan tender yang dikeluarkan pejabat Setiausaha Kerajaan
    Negeri Perak itu menyatakan kenderaan berkenaan boleh dibeli secara
    pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.



    Kereta itu adalah yang menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11,
    AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33,
    AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606 yang kesemuanya didaftarkan pada 9 Jan
    tahun ini.



    - Bernama

      Current date/time is Fri 17 May 2024, 10:40 am