WEBSTER, Massachusetts 21 April – Nama sebuah tasik di sini yang mengandungi 45 huruf iaitu Tasik Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg, dieja salah di papan-papan tanda menuju ke kawasan tersebut.
Dalam kamus Webster, tasik Chargoggagoggmanchauggagoggchaubunagungamaugg diiktiraf sebagai antara nama terpanjang bagi sesebuah tempat di dunia.
Pelbagai cerita dan legenda mengenai asal-usul nama tasik itu diambil daripada perkataan Red Indian. Mitos popular (yang kemudiannya ditolak) mendakwa, ia bermaksud ‘Awak pancing di sebelah awak, saya pancing di sebelah saya dan tiada siapa memancing di tengah-tengah’. –AP