Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

    2.7 juta pekerja wanita di Malaysia dibayar upah rendah

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30278
    Location : Venice of Perak

    2.7 juta pekerja wanita di Malaysia dibayar upah rendah Empty 2.7 juta pekerja wanita di Malaysia dibayar upah rendah

    Post by carnationmyra Wed 22 Apr 2009, 9:36 pm

    KUALA LUMPUR: Seramai 2.7 juta wanita atau 77 peratus pekerja wanita di
    Malaysia menceburi bidang pekerjaan yang mempunyai nilai dan upah yang
    rendah, demikian kesimpulan satu seminar di sini, hari ini.

    Keadaan itu wujud disebabkan dasar pemisahan gender dalam
    pasaran tenaga kerja tempatan serta bilangan besar populasi wanita itu
    sendiri mengakui perbezaan upah antara pekerja lelaki dan wanita adalah
    wajar.

    Seminar Kebangsaan Mengenai Pekerjaan, Pendapatan dan
    Kesamarataan Gender di sini turut menonjolkan isu gangguan seksual di
    semua peringkat pekerjaan di setiap tempat kerja serta amalan tolak
    ansur mengenai produktiviti dan keselamatan pekerja wanita.

    Seminar dua hari itu dianjurkan oleh Kementerian Sumber Manusia
    dengan kerjasama Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dan dihadiri 50
    peserta dari pelbagai agensi kerajaan, kesatuan sekerja dan pertubuhan
    bukan kerajaan (NGO).

    Bagi memperbetulkan keadaan itu, seminar itu mengesyorkan
    supaya masyarakat perlu mengubah minda terhadap amalan stereotaip dan
    menggalakkan pembabitan golongan lelaki dalam berkongsi tanggungjawab
    menerusi pendidikan.

    Ia juga mencadangkan supaya kerajaan memperkenalkan
    undang-undang dan peraturan yang menggalakkan aturan pekerjaan yang
    mudah diubahsuai bagi menampung peranan wanita serta mengadakan
    peruntukan cuti bersalin yang lebih lama.

    Seminar
    itu juga mendapati walaupun pertambahan ketara kemasukkan wanita dalam
    institusi pengajian tinggi di negara ini namum pasaran tenaga kerja
    menanggap graduan wanita rendah dari segi pemberian imbuhan.

    Ia juga mendapati wujud sebilangan besar wanita berbakat yang
    belum dicungkil kerana kemudahan cuti bersalin yang tidak cukup,
    peraturan tegas dan tidak selesa, pemikiran masyarakat yang keterlaluan
    mengenai peranan wanita dan kekurangan sokongan golongan lelaki dalam
    menanggung tanggjungawab menjaga anak-anak dan orang tua.

    Seminar itu mengesyorkan supaya Akta Pekerjaan 1955
    diperluaskan dengan meliputi kesemua wanita yang bekerja. Ketika ini,
    akta itu tidak meliputi pekerja domestik dan mereka yang menerima gaji
    lebih RM1,500 sebulan.

    Bagi menampung keperluan pekerja kurang upaya, seminar itu
    mencadangkan supaya kerajaan merangka strategi bagi menggalakkan
    majikan memenuhi kehendak golongan itu sebagai satu tanggungjawab
    sosial.

    Mengenai pekerja domestik, seminar tersebut memaklumkan garis panduan yang sedia
    ada dan kontrak pekerjaan bagi katgeori itu dirangka supaya lebih
    berkesan dengan mekanisme penguatkuasaan yang betul.

    Ia juga menegaskan bahawa kerajaan menggubal peraturan tegas
    bagi ejen pekerja dan majikan bagi mengelak pembantu rumah menjadi
    mangsa penderaan atau dieksploitasikan. - Bernama

      Current date/time is Fri 10 May 2024, 5:17 am