PULAU SPITZBERGEN, NORWAY - Satu fenomena alam semula jadi berlaku
apabila satu bentuk hati yang sinonim dengan lambang cinta terbentuk
selepas ais cair di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Bentuk itu terjadi disebabkan oleh perubahan cuaca yang mencairkan
glasier di pulau tersebut yang terletak 997.28 kilometer dari Kutub
Utara.
Beberapa blok ais terperangkap ketika glasier bergerak menyebabkan
satu lubang berbentuk hati berlaku yang kemudian dipenuhi air akibat
hujan dan ais mencair.
Pulau itu mempunyai bilangan penduduk yang paling ramai di bahagian
utara bumi walaupun jumlahnya tidak dapat menandingi beruang kutub.
Seorang pakar dari Universiti Aberystwyth, Dr. Bryn Hubbard berkata:
"Glasier di kepulauan ini sudah berkurangan tetapi bentuk hati itu
merupakan satu keganjilan. Anda perlu melakukan usaha terbaik untuk
mencari satu lagi bentuk seperti itu." - Agensi