Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

    Senat Hawaii luluskan Hari Islam

    carnationmyra
    carnationmyra
    superpower MV


    Posts : 703
    Points : 30288
    Location : Venice of Perak

    Senat Hawaii luluskan Hari Islam Empty Senat Hawaii luluskan Hari Islam

    Post by carnationmyra Fri 08 May 2009, 11:32 am

    HONOLULU 7 Mei - Dewan Senat Hawaii semalam meluluskan satu rang
    undang-undang untuk menyambut 'Hari Islam', meskipun mendapat bantahan
    beberapa ahli dewan yang menyifatkan mereka tidak mahu memberi
    penghormatan kepada agama yang dikaitkan dengan serangan 11 September
    2001.



    Dua anggota dewan dari Parti Republikan itu membantah dengan alasan
    minoriti tersebut telah banyak membunuh orang tidak berdosa dalam
    serangan berkenaan.



    ''Saya teringat penganut Islam radikal di seluruh dunia bergembira
    dengan kengerian serangan 11 September. Ia adalah hari yang perlu
    diingati oleh orang-orang bertamadun dari semua agama,'' kata Senator
    Republikan, Fred Hemmings sambil disambut tepukan gemuruh lebih 100
    orang yang berkumpul di Dewan Senat bagi membantah satu isu lain iaitu
    perkahwinan sivil sesama jantina.



    Resolusi itu dilakukan bagi mengisytiharkan tarikh 24 September 2009
    sebagai 'Hari Islam' setelah ia diluluskan di Dewan Senat dengan 22
    undi berbanding tiga undi yang membantah. Rang undang-undang tersebut
    sebelum ini telah diluluskan di Dewan Perwakilan Negeri.



    Rang undang-undang berkenaan antara lain akan mengiktiraf 'sumbangan
    agama, saintifik, budaya dan seni' yang telah dibawa Islam dan dunia
    Islam. 'Hari Islam' itu tidak memerlukan sebarang perbelanjaan atau
    sambutan yang dirancang.



    ''Kita adalah sebuah negeri yang bertolak ansur. Kita faham setiap orang ada kepercayaan masing-masing.


    ''Kita mungkin tidak bersetuju dengan semua perkara dan isu di luar
    sana, namun adalah satu penghinaan untuk menyuarakan pandangan dan
    menekankan sisi negatif kepada majoriti penganut Islam yang juga
    golongan yang sangat mematuhi undang-undang,'' kata Senator Will Espero
    dari Parti Demokrat. - AP

      Current date/time is Sun 12 May 2024, 5:46 am