Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

    Fikir.....Faham....Zikir....

    king_diamond
    king_diamond
    superpower MV


    Posts : 767
    Points : 30733
    Location : palestine
    Signature : iman adalah aset...kalau kurang boleh tambah...kalau abis leh bankrap...hihi

    Fikir.....Faham....Zikir.... Empty Fikir.....Faham....Zikir....

    Post by king_diamond Wed 20 May 2009, 2:00 pm

    يُنْبِتُ لَكُمْ بِهِ الزَّرْعَ وَالزَّيْتُونَ وَالنَّخِيلَ وَالأعْنَابَ وَمِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ (١١





    11. ia juga menumbuhkan bagi kamu Dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari Segala jenis buah-buahan. Sesungguhnya Yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum Yang mahu berfikir.


    وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومُ مُسَخَّرَاتٌ بِأَمْرِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَعْقِلُونَ (١٢





    12. dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan Dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum Yang mahu memahaminya.


    وَمَا ذَرَأَ لَكُمْ فِي الأرْضِ مُخْتَلِفًا أَلْوَانُهُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِقَوْمٍ يَذَّكَّرُونَ (١٣





    13. dan apa-apa jua Yang dijadikan untuk kamu di bumi Yang berlainan jenisnya (dimudahkan juga untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum Yang mahu mengingati nikmat Allah itu.


    يَتَفَكَّرُونَ


    Memerhati dan berfikir




    يَعْقِلُونَ


    Melihat dan memahami




    يَذَّكَّرُونَ


    Mengingati





    Allah s.w.t berbicara kepada kita dalam 3 ayat di atas dari surah Al-Nahl berkaitan kehebatan-NYA menciptakan alam yang terbentang luas ini. Allah s.w.t juga mengajar kita supaya berfikir tentang segala kejadian yang ada di alam ini.


    Ayat pertama – Allah s.w.t mendatangkan contoh buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan yang ada di muka bumi ini dan boleh dilihat dengan mata kepala kita. Kemudian di hujung ayat tersebut Allah s.w.t menyebutkan perkataan يَتَفَكَّرُونَ (memerhati dan berfikir). Ini merupakan peringkat pertama cara Allah mengajar hamba-NYA berfikir dan mengakui akan kehebatan-NYA kerana contoh-contoh tersebut boleh dilihat, dipegang dan dirasa.


    Ayat kedua – Allah s.w.t datangkan pula contoh yang berbeza dan memerlukan daya kefahaman yang lebih tinggi dari peringkat pertama. Kejadian malam dan siang yang silih berganti, peredaran bulan, bintang dan matahari adalah di luar kuasa manusia untuk mengawal dan memerlukan kajian yang cukup teliti untuk melihat dan memahaminya. Oleh sebab itu, Allah s.w.t menyebutkan perkataan يَعْقِلُونَ (melihat dan memahami) di akhir ayat tersebut. Pada peringkat ini, golongan yang benar-benar ingin mengkaji akan dapat melihat betapa hebatnya ALLAH s.w.t mencipta dan mengawal segala perkara tersebut.


    Ayat ketiga – Resolusi dari kedua-dua peringkat berfikir tersebut akan menjadikan manusia tersebut sentiasa ingat dan akui akan kebesaran ALLAH s.w.t. Segala kejadian dan ciptaan yang ada di muka bumi ini memberi manfaat kepada manusia dan Allah s.w.t tidak menciptakan semua itu dengan sia-sia.


    *Sumber – ceramah dari radio “iza’ah quran karim minal kaherah” (radio khas al-quran kaherah, mesir)

      Current date/time is Fri 17 May 2024, 5:59 pm