Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

    Tip pilih eksesori

    eyes143
    eyes143
    superpower MV


    Posts : 1175
    Points : 32118
    Location : :: pEaRL !sLaNd ::
    Signature : incik kecHiX..~~

    Tip pilih eksesori Empty Tip pilih eksesori

    Post by eyes143 Fri 17 Apr 2009, 2:42 pm

    Tip pilih eksesori 7a6410bbd0b5418a9ee368b.th


    Mengapa wanita sukar dipisahkan dengan aksesori? Tanpa aksesori ramai wanita yang berasa dirinya tidak cukup bergaya. Sama ada mahu ke pejabat, kuliah atau sekadar keluar berjalan-jalan, pasti ada sahaja aksesori yang dikenakan. Bahkan, ada juga yang sanggup tidak keluar rumah atau menghadiri sebarang acara jika tiada aksesori bersesuaian untuk digayakan. Risau nanti penampilan diri dikatakan ketinggalan zaman atau tidak sehebat orang lain.

    Kepada lelaki, pasti anda sedari yang teman wanita atau pasangan hidup anda sering menghabiskan masa membeli-belah mereka dengan mencari aksesori pilihan. Semua kerana untuk mempercantikan diri. Jika ingin menghadiri majlis makan malam, aksesori yang dipilih makin banyak dan nampak elegan.

    Sebelum menggayakan aksesori, terlebih dahulu fahami bentuk tubuh dan wajah anda. Memanglah tiada sebarang peraturan yang ditetapkan untuk memilih aksesori, tetapi aksesori yang tepat seharusnya menutupi kekurangan, sekaligus menonjolkan kelebihan yang ada pada diri seseorang.

    Contohnya, orang gemuk lebih sesuai memakai aksesori yang ringkas, dan mereka yang berwajah empat segi akan terlihat lebih seimbang dengan memakai anting-anting berjurai. Jadi, ini bukan bererti anda ‘bersembunyi’ di sebalik aksesori supaya terlihat menarik, tetapi ia sekadar untuk menambahkan keyakinan diri.

    Ingat! aksesori hanya pelengkap gaya, jadi jangan sampai menutup keseluruhan penampilan. Sebaiknya, fokus pada bahagian yang ingin ditonjolkan. Jika ingin tonjolkan wajah, sebaiknya pakailah anting-anting tanpa rantai di leher supaya tidak kelihatan sarat. Seandainya masih ingin memakai kedua-duanya sekali, pilihlah aksesori yang sepadan dan nampak ringkas. Cincin dan gelang boleh dipakai bersama-sama jika ingin fokus di bahagian tangan. Aksesori yang terlalu sarat hanya akan mencacatkan penampilan!

    Setelah disesuaikan dengan bentuk fizikal, sesuaikan pula aksesori dengan pakaian yang dipakai. Cuba seimbangkan antara pakaian dan aksesori sehingga tidak nampak keterlaluan. Aksesori yang salah akan membuatkan pakaian yang dipakai nampak biasa sahaja.

    Sebagai contoh, seandainya anda mengenakan pakaian yang bermotif banyak, pastikan aksesori yang dipilih ringkas dan menarik. Sebaliknya jika pakaian yang dipakai polos, aksesori yang berwarna-warni boleh digayakan bersama. Jika anda memiliki ukuran dada besar dan berminat mengenakan ‘tube dress’, hindari rantai atau kalung yang berjuraian di sekitar dada. Lebih sesuai jika memakai anting-anting panjang dengan cincin besar.

      Current date/time is Tue 21 May 2024, 4:25 am